National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Pemimpin Blue Ocean Strategy

Tuesday, April 21, 2009 at 5:17 PM

Salam,

Pemimpin masa depan sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk memberikan sokongan kepada perjalanan Pusat Sumber Sekolah, saya bersyukur mempunyai pengetua yang penuh dengan idea dan strategi untuk meningkatkan peranan PSS di sekolah mahupun diluar. Pada 24 hingga 26 April ini akan di adakan satu pameran Buku ataupun karnival pendidikan di Kluang Mall. dalam usaha menggalakan pelajar mengunjungi pameran tersebut tuan pengetua telah memberikan idea di adakan cabutan bertuah kepada pelajar sesi pagi dan sesi petang yang mengungjungi karnival tersebut,Sebanyak 10 hamper telah disediakan. Saya dan Guru PSS SMKJM termasuk pengawas PSS akan bertugas sepanjang 3 hari karnival tersebut.Tindakan ini bukan sahaja membawa nama baik PSS SMKJM tetapi secara tidak langsung menunjukkan komitment beliau dalam menyokong program yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah KLuang. Sesungguhnya pemimpin masa depan sentiasa memikirkan sumbangan dan idea yang membawa perubahan... terima kasih cikgu.

Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber Sekolah

Thursday, April 16, 2009 at 7:56 PM





Pusat Sumber Sekolah menyediakan pelbagai kemudahan P & P untuk pelajar dan guru menggunakannya antaranya ialah Bilik Media atau dikenali juga dengan panggilan Bilik Tayangan. Bilik ini lazimnya meletakkan alat-alat teknologi pendidikan seperti LCD, Komputer, TV, Radio, Set Home Thetaer, OHP , DVD, VCD dan pelbagai lagi alatan tambahan. Penggunaan bilik tayangan untuk P & P memberikan satu suasana pembelajaran yang baru, selain penggunaan bilik darjah, di sini pelajar bebas menggunakan peralatan yang terdapat di bilik tayangan dengan pengawasan guru untuk melakasanakan pembelajaran mereka seperti pembentangan kerja kursus, folio, kerja kumpulan, penyelidikan. Manakala sambungan internet melalui wifi atau lan membolehkan pelajar meneroka alam siber yang tidak terbatas . Secara tidak langsung menjadikan pengajaran dan pembelajaran mereka lebih menarik dan mencabar.
Bilik Tayangan yang uptodate, bersih , kemas dan diuruskan secara sistematik merupakan pemangkin ke arah pembelajaran yang lebih berkesan.

Kursus Guru Cemerlang Daerah Kluang

Wednesday, April 15, 2009 at 5:27 PM


Pada 9 hingga 11 jun saya menghadiri kursus untuk Guru Cemerlang Daerah Kluang di Sekolah Men. Sains Johor ( Kluang) bersama dengan 80 orang guru cemerlang yang lain. walaupun saya diberi peluang untuk menyampaikan satu sesi ceramah mengenai pembalajaran akses kendiri, terasa diri begiru terasing sekali kerana saya hanya seorang sahaja guru media yang ada. yang lainnya terdiri dari cabang-cabang ilmu yang lain.

Melalui kursus yang disampaikan, dapat disimpulkan pembelajaran akses kendiri khususnya dalam penggunaan pusat sumber sekolah meliputi penggunaan internet dalam pendidikan amat kurang diaplikasikan oleh guru-guru. pengetahuan penggunaan internet masih lagi di tahap sederhana dan ada sebahagiannya masih lagi tidak mempunyai akaun e-mail. Jesteru itu saya memohon supaya semua guru perpustakaan dan media, guru ict dan penyelaras makmal komputer mesti turun padang untuk membantu guru-guru menjadikan pembelajaran akses kendiri sebagai satu keadah pedadogi. Ianya memang dituntut dan sesuai dengan objektif pusat sumber sebagai gerbang maklumat.

Sepintas lalu

Tuesday, April 14, 2009 at 2:28 AM

Asalamualikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya merakamkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah memberikan saya kesempatan untuk mewujudkan laman blog. Laman ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan Guru Perpustakaan dan Media yang lain dalam usaha untuk menguruskankan Pusat Sumber Sekolah dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasakan kendiri (PAK).

Disamping itu, ianya bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan pengungjung yang mempunyai minat yang sama dalam multimedia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved