Salam,
Pemimpin masa depan sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk memberikan sokongan kepada perjalanan Pusat Sumber Sekolah, saya bersyukur mempunyai pengetua yang penuh dengan idea dan strategi untuk meningkatkan peranan PSS di sekolah mahupun diluar. Pada 24 hingga 26 April ini akan di adakan satu pameran Buku ataupun karnival pendidikan di Kluang Mall. dalam usaha menggalakan pelajar mengunjungi pameran tersebut tuan pengetua telah memberikan idea di adakan cabutan bertuah kepada pelajar sesi pagi dan sesi petang yang mengungjungi karnival tersebut,Sebanyak 10 hamper telah disediakan. Saya dan Guru PSS SMKJM termasuk pengawas PSS akan bertugas sepanjang 3 hari karnival tersebut.Tindakan ini bukan sahaja membawa nama baik PSS SMKJM tetapi secara tidak langsung menunjukkan komitment beliau dalam menyokong program yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah KLuang. Sesungguhnya pemimpin masa depan sentiasa memikirkan sumbangan dan idea yang membawa perubahan... terima kasih cikgu.
0 comments