National Key Result Areas
2013 telah Menjelma
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang
* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.
Permulaan Perjalanan kita
Jom baca Quran
NILAM 2013
Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah
VLE
Warna warni 2010
Beberapa hari lagi 2010 akan meninggalkan diri ini dengan penuh peristiwa pahit manis suka duka dalam langkah-langkah kerdil mengharungi liku-liku kehidupan dalam mendewasakan kematangan kehidupan, Melihat gerak langkah insan sekeliling dengan pelbagai ragam mengajar aku erti keikhlasan dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada yang memerlukan. Bergelumang dengan tugas - tugas GPM, Guru Cemerlang di daerah dan negeri dan dipenghujungnya kebangsaan serta tak lari tugas-tugas disekolah membuatkan perjalanan saat, minit,jam,hari, minggu, bukan dan ke tahun semakin pendek dan terlalu pantas. Kehilangan detik 3 tahun diragut egois yang sukar dibentuk menyenak akal fikiran. Terkejar-kejar dalam kesempatan masa yang tipis cuba melonjak diri dipersada pendidikan, sukar dan memeritkan terdampar sendirian. Memukau kerinduaan di pelukan seorang ibu yang sentiasa mendoakan kebahagaiaan dan kejayaan anak tersayang, dipenghujung waktu kembali kepangkuan dengan pasrahnya keredaaan hati dan perasaan. Gema kesedihan masih melantun dalam diri namun segala harus kuleraikan untuk terus berdiri dan berlari pantas , menyusun derap langkah untuk bersama waktu yang mendesak kedewasaan seorang insan. Alhamdulilah segalanya kembali tenang dan bersemangat menyahut gelombang 2011.Ah! Sesungguhnya warna warni 2010 terlalu menyilau pandangan.
| 0 comments |
Cinta Buku satu amalan disekolah?
Pembudayaan Cinta Buku dan Membaca di Sekolah
Ini dapat diperhatikan melalui seberapa banyak program berkaitan buku, penulis, perpustakaan dan pelbagai kegiatan membaca yang dianjurkan di peringkat sekolah rendah. Laporan mengenainya dapat diikuti di dalam majalah, akhbar mahupun jurnal akademik.
Kepentingannya terbukti melalui satu kajian yang dijalankan oleh British Library dan Joint Information Systems Committee (JISC) yang menunjukkan tahap kunjungan pelajar peringkat ijazah ke perpustakaan juga bergantung kepada kebiasaan mereka mengunjungi perpustakaan semasa kanak-kanak.
Ini dapat dijadikan suatu pedoman bagi ibu bapa dan pihak sekolah di Malaysia supaya lebih bertungkus-lumus menanamkan semangat mencintai buku dan membaca semasa di peringkat sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah Melayu, buluh harus dilenturkan semasa masih rebung.
Terdapat banyak idea menarik yang boleh dicuba di peringkat sekolah rendah di negara kita. Asalkan kita bersedia bergandingan usaha, perbelanjaan dan komitmen untuk mencapainya.
Salah satu daripadanya adalah buah fikiran kreatif seorang guru perpustakaan bernama Suzanne Hall. Kelab buku di bawah pimpinannya telah berjaya meraih penyertaan pelajar yang membanggakan setelah beliau mengubah suai corak aktiviti kelab buku.
Pada setiap tahun, 8 judul buku yang sesuai akan dipilih sebagai bacaan wajib peserta kelab buku di sekolah. Berdasarkan buku-buku ini, banyak aktiviti menarik telah diadakan.
Contohnya mencari bahan terpakai berdasarkan benda-benda yang disebutkan di dalam novel. Mana-mana pelajar yang dapat mengumpulkan paling banyak benda yang disebutkan dalam sesebuah buku, dia akan memenangi hadiah.
Sesekali ia turut melibatkan jamuan seperti kes sebuah buku berjudul Homeless Bird yang berlatarbelakangkan India. Berilhamkan buku itu, seorang daripada ibu pelajar telah memasak makanan India untuk jamuan kesemua ahli kelab. Tidak lama selepas itu, pelajar-pelajar lain turut membawa pelbagai makanan India seperti roti naan, pakora dan burfi.
Aktiviti lain yang diilhamkan daripada buku-buku yang dipilih adalah menonton video atau filem. Biasanya aktiviti ini akan dijalankan setelah tamat waktu persekolahan, disusuli jamuan snek untuk para pelajar.
Manakala pakar daripada luar akan dijemput apabila bersesuaian dengan tema buku. Misalnya semasa membaca sebuah buku tentang usaha pemuliharaan burung hantu berjudul Hoot, seorang pakar tentang burung hantu telah dijemput ke sekolah membawa dua ekor burung hantu untuk ditunjukkan kepada pelajar.
Lawatan sambil belajar tidak kurang popular di kalangan para peserta kelab buku kelolaan Suzanne Hall. Mereka pernah mengadakan lawatan ke panggung wayang untuk menonton filem-filem tentang China, Alaska, Mesir dan gunung berapi yang berkaitan dengan buku yang dibaca.
Mereka juga pernah mengadakan aktiviti memanjat batu (untuk buku Raging River) serta mengikuti bengkel arkeologi untuk sebuah buku berjudul Akhenatan Adventure. Sebuah buku lain, The Emily Carr Mystery, telah berjaya memberi inspirasi menganjurkan maraton 18 jam ala Amazing Race.
Semua ini adalah atas usaha yang giat dilakukan oleh para guru perpustakaan di peringkat sekolah rendah. Sudah tentu kerjasama ibu bapa juga penting dalam memberi galakan kepada anak masing-masing.
sumber;http://pendidikmy.net/2010/09/04/pembudayaan-cinta-buku-dan-membaca-di-sekolah/
| 0 comments |
Takwim Persekolahan 2011
Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu)
Hari Persekolahan | 2/1 – 10/3 | 50 hari |
Cuti Pertengahan Penggal I | 11/3 – 19/3 | 9 hari |
Hari Persekolahan | 20/3 – 26/5 | 50 hari |
Cuti Pertengahan Tahun | 27/5 – 11/6 | 16 hari |
Hari Persekolahan | 12/6 – 25/8 | 55 hari |
Cuti Pertengahan Penggal II | 26/8 – 3/9 | 9 hari |
Hari Persekolahan | 4/9 – 17/11 | 55 hari |
Cuti Akhir Tahun | 18/11 – 31/12 | 44 hari |
Jumlah | 288 hari |
Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Hari Persekolahan | 3/1 – 11/3 | 50 hari |
Cuti Pertengahan Penggal I | 12/3 – 20/3 | 9 hari |
Hari Persekolahan | 21/3 – 27/5 | 50 hari |
Cuti Pertengahan Tahun | 28/5 – 12/6 | 16 hari |
Hari Persekolahan | 13/6 – 26/8 | 55 hari |
Cuti Pertengahan Penggal II | 27/8 – 4/9 | 9 hari |
Hari Persekolahan | 5/9 – 18/11 | 55 hari |
Cuti Akhir Tahun | 19/11 – 1/1 | 44 hari |
Jumlah | 288 hari |
| 0 comments |
Mutiara Kata Motivasi
Dalam setiap hari 5 kali, kita mendengar azan yang melaungkan “Marilah Menuju Kejayaan”. Kejayaan di dalam azan bukan sahaja untuk berjaya dengan kehidupan di akhirat, mungkin juga boleh dihayati untuk kejayaan di atas dunia yang Insyallah, boleh membantu kejayaan di akhirat.
Himpunan mutiara kata motivasi untuk yang ingin cemerlang dengan kerjaya atau apa juga bidang yang sedang dilakukan. Supaya kita tidak mudah berasa kerdil, pemalas, pesimis, mudah patah semangat, tidak percaya diri dan tidak mempunyai cita-cita!
Walaupun orang yang mutiara kata ini kebanyakannya dari mulut orang bukan Islam, tapi ingatlah ‘menuntut ilmu biar ke negeri China”.
Semoga memberi manfaat.
1. Orang-orang yang mengkritik kita sebenarnya adalah pengawal jiwa kita, yang bekerja tanpa bayaran (Corni Ten Boom)
2. Saya tak pernah berjumpa dengan seseorang yang menderita kerana terlalu banyak bekerja. Lebih banyak orang menderita kerana terlalu banyak cita-cita tetapi tak cukup berusaha (Dr. James Mantague)
3. Saya telah mempelajari kehidupan lelaki hebat dan wanita-wanita terkenal, dan saya menemui bahawa mereka yang mencapai puncak kejayaan iaalah mereka yang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang ada di hadapan mereka dengan segenap tenaga, semangat dan kerja keras (Harry S. Truman)
4. Tiada rahsia untuk menggapai kejayaan. Kejayaan itu dapat dicapai dengan persiapan, kerja keras dan mahu belajar dari kegagalan (General Collin Power).
5. Kita menilai diri kita dengan mengukur dari apa yang kita rasa mampu untuk kerjakan, orang lain mengukur kita dengan mengukur dari ada yang telah kita lakukan (Henry Wadsworth Longfellow)
6. Orang-orang yang sukses telah belajar membuat diri mereka melakukan kerja yang harus dikerjakan ketika kerja itu memang harus dikerjakan, entah mereka menyukainya atau tidak (Aldus Huxley)
7. Ada dua macam manusia di dunia ini : mereka yang mencari alasan dan mereka yang mencari kejayaan. Orang yang mencari alasan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak selesai, dan orang yang mencari kejayaan selalu mencari alasan mengapa kerjanya tidak boleh diselesaikan (Alan Cohen)
8. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang bodoh akan kerjakan tiga hari kemudian (Abdullah Ibnu Mubarak)
9. Kita adalah apa yang kita kerjakan berulang kali. Dengan demikian, kecemerlangan bukan tindakan, tetapi kebiasaan (Aristoteles)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa pada suatu hari datang seorang lelaki menemui Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta sedekah.
Rasulullah menyuruh lelaki berkenaan menunggu sekejap dan baginda masuk ke dalam rumah. Selepas keluar semula, Rasulullah menghulurkan sebilah kapak kepada lelaki itu sambil memintanya pergi berusaha mencari kayu untuk dijual di pasar.
Dikisahkan sebelum lelaki itu pergi, Rasulullah berpesan kepadanya agar dua tiga hari lagi datang semula menemui baginda. Apakah yang berlaku kemudian? Selang beberapa hari, lelaki itu datang menemui Rasulullah dan mengkhabarkan berita gembira yang dia berhasil menjadi seorang peniaga kayu.
Inilah dorongan dan motivasi Nabi Muhammad kepada umatnya agar tidak meminta-minta, sebaliknya berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan rezeki untuk penghidupan di dunia.
Hinggakan Rasulullah pernah membaca doa khusus untuk mengelakkan sikap malas berusaha ini dan sewajarnya kita mengamalkan membaca doa berkenaan setiap hari agar terus memiliki semangat dalaman yang mantap untuk bekerja dan terus berusaha.
Doa Rasulullah itu ialah “Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada kegelisahan dan dukacita, kelemahan dan kemalasan, pengecut dan bakhil dan daripada bebanan hutang.” (Riwayat Abu Daud).
Ini pula kata-kata Dr Fadzillah Kamsah mengenai kerja yang saya kutip dari blog Wanwma. Muhasabahlah diri kita, jika kita tersenarai dari senarai di bawah, marilah berpindah minda.
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’
sumber;isuhangat.blogspot.com
| 0 comments |
Kunci Kejayaan orang yang berjaya
kunci kejayaan orang yang berjaya
ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?
apakah anda penakut?
apakah anda pemalas?
apakah anda orang pesimis?
apakah anda takut gagal?
Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan.
Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan.
Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan.
Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?
Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:
1. Orang berjaya berani mengambil risiko
Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan ghairah mencuba sesuatu yang baru seiring perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko ; yang mahu terus mengambil risiko untuk meraih kejayaan..Namun begitu berani mengambil risiko mestilah dengan persediaan yang lengkap bukan main terjah sahaja.
2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia.
Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah terbaik akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.
3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.
Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.
4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup
Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; ertinya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.
5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan, dan ini meluas pada hal-hal lain
Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.
6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri.
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.
7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.
Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.
| 0 comments |
Kasih Ibu Seharum Kasturi
| 0 comments |
Bersama mencipta sejarah "Malaysian Book of Records"
Salam,
Bersyukur ke hadrat Illahi Program Kempen Membaca 1Malaysia peringkat SMK. Jalan Mengkibol sempena kempen Membaca 1Malaysia peringkat kebangsaan 2010 telah berjaya dilancarkan tepat jam 9.30 pagi , 8 November 2010. Pelancaran Kempen Membaca ini telah disempurnakan oleh En.YewKok Leh Pengetua SMK.Jalan Mengkibol. Seramai 121 orang pelajar telah mengambil bahagian dengan membaca selama 33.5minit (2.010 saat ) secara serentak .Selain dari membaca para pelajar juga dikehendaki mengunakan kemahiran mencari maklumat untuk melengkapkan soalan-soalan yang berkaitan dengan buku yang telah dibaca. Pertandingan membina perkataan dari slogan "Membaca menjana pemikiran 1Malaysia" juga telah diadakan. Sekalung budi dan ucapan penghargaan diberikan kepada guru-guru yang bersama-sama menjayakan kempen ini, terutamanya kepada En. Ahmad Khusaini bin Safri Ketua Bidang Bahasa, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah . Syabas dan terima kasih.
| 0 comments |
Lawatan Penanda Aras SMK Kahang Bt. 23
Salam,
Program:Lawatan Penanda Aras
Tarikh :3.November 2010
Masa:7.45 pagi -12.00 tengahari
Alhamdulilah,satu lawatan penanda aras telah dilakukan oleh rakan Guru Perpustakaan dan Media yang diketuai oleh Cik Hasniza binti Said bersama 3 orang rakan pengurus Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang Batu 23 yang terdiri dari Pn.Ili Amalina Abdullah,Cik AzlinaHani Bt Ithnin dan Cik Cheng Chuan Leng.
Melalui lawatan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan untuk memberikan kefahaman kepada rakan-rakan guru yang hadir untuk.
1.Membangunakn Pusat Sumber Sekolah
2.Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
3,Fail-fail
4. Aktiviti
5.Peranan Panitia bersama Pusat Sumber sekolah
6. lawatan ke bilik-bilik khas
Bagi pihak Pusat Sumber Sekolah,SMKJM merakamkanjutaan terima kasih kepada rakan-rakan pengurus PSS dari SMK.Kahang Batu 23 yang sudi hadir dan menjadikan PSS SMKJM ini sebagai penanda aras dalam bersama usaha meningkatkan peranan dan fungsi PSS di sekolah dan di daerah Kluang itu sendiri. Perkongsian ilmu dan idea amat diperlukan untuk membangunakan PSS KITA.
Selain dari itu,adalah diharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab akan terus melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan dengan pusat sumber sekolah. Memandangkan masa kini, ramai guru perpustakaan dan media yang dilantik adalah guru-guru baru mengajar dan mempunyai kepelbagaian bidang akademik bukan sains perpustakaan . Jesteru itu, perlu bagi guru-guru baru ini . memahami dan mendalami konsep Pusat Sumber Sekolah itu sendiri. Mudah-mudahan usaha yang baik ini akan menghasilkan pengurusan PSS yang cekap dan berkesan.
| 0 comments |
Selamat Menyambut Hari Deepavali
Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Depaavali kepada semua pelajar dan rakan - rakan guru yang beragama Hindu di seluruh negeri Johor. Semoga perayaan ini akan disambut secara meriah dan berupaya merapatkan hubungan silaturahim antara .Kepada rakan-rakan yang pulang ke kampung atau pun bercuti bersama keluarga sempena cuti perayaan ini, Didoakan semoga perjalanan rakan-rakan akan selamat sampai ke distinasi dan selamat kembali semula ke Kluang.Insyaalah.
| 0 comments |
Kem Membaca 1 Malaysia SMK.Jalan Mengkibol,Kluang,Johor.
Salam,
Sempena Program Kem Membaca 1 Malaysia 2010 (KM1M2010) dan READ2010. anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Scholastic Read2010. Pusat Sumber SMK.Jalan Mengkibol telah tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama mencipta Malaysian Books of Records yang melibatkan 350.00 orang pelajar dari 1000 buah sekolah di seluruh negara. Pelbagai program yang berkaitan dengan NILAM telah dirancang untuk memupuk tabiat membaca dikalangan pelajar.
Huraian Program
sepanjang hayat).
Tarikh/Masa | Aktiviti | Tempat | Pelaksana |
8 Nov. 2010 8.30 pagi 9.30 pagi 10.35 pagi 10-40 – 11.15 pagi 11.30- 12.30 tgh | -Taklimat Peserta Kem Membaca 1 Malaysia - Peserta mula membaca buku selama 33.5 minit (2,010 saat) - Bacaan dihentikan Rehat Aktiviti 1 (Kemahiran mencari maklumat satu) - Melengkapkan data bahan bacaan - Mencari 20 makna perkataan menggunakan kamus - Membina perkataan dari rangkaikata “Membaca menjana pemikiran 1Malaysia” | Bilik Mesyuarat Pusat sumber dan Bilik Mesyuarat | GPM En.Ismail Pn.Hjh Aishah GPM Pn.Hjh Aishah Pn. Siti Rohana Dokumentasi Video En.Zulnaidi Photografi En.Mohd Zaki |
9 November 2010 | - Permainan Sahiba (T.3) - Menulis Esei bertajuk “Buku yang saya gemari” (T.4) | Pusat Sumber Bilik darjah | Pn.Hjh Aishah Pn.Maharian (Panitia BM) Dokumentasi En.Ismail |
10 November 2010 | - Menulis sebuah karangan bertajuk “Membaca menjana pemikiran 1Malaysia”/Faedah membaca kepada generasi muda Negara. (T.4.) - Program “Treasure Hunt” NILAM ( T.3) | Bilik darjah Perpustakaan | Pn.Maharian (Panitia BM) Pn.Hjh Aishah Pn.Siti Rohana Dokumentasi En.Ismail |
11 November 2010 | - Pertandingan melukis poster bertajuk bertajuk “Membaca menjana pemikiran 1Malaysia”. - Pertandingan mencipta puisi Dengan fokus tajuk “Membaca” | Bilik Seni Pusat Sumber/bilik darjah | En.Ahmad Sofian En.Mohd Zaini Pn.Hjh Aishah Pn.Maharian) Dokumentasi En.Ismail |
15 November 2010 | -Majlis penutupan (perhimpunan) - Lagu Bangsa Johor -Lagu Negaraku -Lagu NILAM - Bacaan doa - Ucapan perasmian penutup En Yew Kok Leh Pengetua SMKJM -Penyampaian Hadiah/sijil i.Program Sayangi Masa Terluang ii.Program Kem Membaca 1 Malaysia 2010 -Lagu sekolah. -Bersurai | Dataran Perhimpunan/ Bilik Mesyuarat | Pengacara Cik.Hajah Khalidah Bte Khalid AJK Sijil/Hadiah Pn.Yanti Norafizza binti Mansor Pn. Nor Iada binti Zakaria Pn.Rafidah binti Ahmad Pn.Nafizah binti Bokhari 1. |
| 0 comments |
PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com
© Copyright 2010, All Rights Reserved