
Salam.
Alhamdulilah Bersyukur kita kehadarat Illahi kerana kecaknaan tuan pengarah Pelajaran Johor untuk melantik En. Mohd Isa bin Mohamad Penolong Pengarah ICT Unit Pengurusan Akademik sebagai Pegawai Meja kepada seluruh Guru Perpustakaan dan Media Negeri Johor yang khususnya menjaga Pusat Sumber Sekolah di negeri Johor ini. Dengan adanya pelantikan ini ianya akan memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah kita. kalau selama ini, kita tak tahu kemana nak dirujuk segala pemasalahan GPM. Link yang kabur ini menyukarkan kita untuk bergerak malah seakan-akan terputus dari pandangan dan pautan dengan Jabatan Pelajaran Johor. Kekalutan ini timbul kerana kita melaksanakan tugas-tugas melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor tetapi punca kuasanya dari Jabatan Pelajaran Johor itu sendiri. Malah di PPD kita tak tahu siapa pihak mana yang perlu dirujuk. Untuk menjalankan segala program kebanyakannya kita hanya melalui BTPNJ sahaja.
Berita gembira ini di ketahui ketika berada bersama rakan-rakan BTPN dan PKG dalam Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah di SK Ladang Tereh, Kluang. Apa yang lebih mengembirakan lagi apa pada 27 April yang lalu En. Mohd Isa telah berkesempatan ke Sekolah Menengah Jalan Mengkibol, Kluang, Johor dalam lawatan bersejarah ini, beliau telah dibawa meninjau Pusat Sumber Sekolah dan mengadakan beberapa perbincangan khusus untuk mengangkat martabah GPM dan Pusat Sumber Sekolah di Negeri Johor ini.
Saya bagi pihak Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan En. Mohd Isa sebagai pegawai Meja GPM dan PSS di Jabatan Pelajaran Negerin Johor. Mudah-mudahan dengan pelantikan tuan akan mencemerlangkan lagi pencapaian PSS dan yang pentingnya PSS dapat berfungsi sebagai pemangkin kecemerlangan akademik sekolah.