National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Monday, August 29, 2011 at 10:57 PM
Salam,
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidi Fitri kepada semua rakan-rakan  guru dan ahli Majlis  Guru Cemerlang Negeri Johor, MGC Daerah Kluang dan Majlis Guru Perpustakaan dan Media Kluang. Mengambil kesempatan disini memohon ribuan keampunan dan kemaafan di atas segala salah silap semasa kita bersama. Mudah-mudahan MGC Khususnya MGC Kluang akan terus menyumbangkan khidmat bakti kepada anak didik kita dan masyarakat guru khasnya. Mudah-mudahan hasrat kita untuk melengkapkan bilik saketeriat dan bilik mesyuarat MGC/MGPM daerah Kluang akan terlaksana dengan seberapa segera. terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menyumbang bagi merialisasikan matlamat kita. Selamat bercuti.

Kursus Lesson Study Daerah Kluang

Monday, August 22, 2011 at 8:10 PM




Salam ,
Program : Kursus Lesson Study
Tarikh: 21 Ogos 2011
Hari :  Sabtu
Tempat : Dewan Mesyuarat PPD Kluang
Penceramah : Pn,. Hj. Rahmah binti Hj. Sayuti, Tn.Hj Ezzudin bin Hj. Adnan dan Tn. Hj. Mohd Redzuan bin Amat.
Peserta Kursus : semua Guru Cemerlang Daerah Kluang dan Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum sekolah-sekolah daerah Kluang.
Alhamdulilah, di sebalik kesibukan dan kegembiraan meyediaakan persiapan menyambut kehadiran Aidil Fitri, Majlis Guru Cemerlang telah berjaya mengadakan kursus pendedahan kali ke dua 'Lesson Study" kepada semua guru cemerlang dan penolong kanan pentadbiran dan kurikulum  sekolah-sekolah daerah Kluang.
140 Excellent Teachers and all Senior Assistants from all primary schools and secondary schools in Kluang attended this half-day course. The objectives of the course were to expose the participants to Lesson Study and how to carry it out in schools. Prior to the course, the MGCK committee met to discuss the Kluang set up with Tn Hj Jalil Satari, PPD Academic. The following are useful documents for schools to use:

Hati terusik jutaan kenangan

Saturday, August 20, 2011 at 3:13 PM
Salam,

Pagi-pagi bangun menyiapkan jaduah untuk bersahur bersama-sama famili  dalam perjalanan menghabiskan 10 hari lagi di bulan Ramadhan ini, Hati tersentuh pilu mengenangkan ibu yang telah pergi November 2011. Melihat bungkus kuih bahulu yang dibelikan oleh orang rumah pagi tadi di pekan Renggit. merewang pemikiran mengutip lingkaran kehidupan bersama ibu tercinta. Waktu begini hampur-hampir nak raya, bonda sibuk membuat kuih bahulu kegemarannya, Kerja ku memukul adunan bahulu yang dibuatnya sampai naik. berpeluh juga memukul adunan tu tak boleh berhenti katanya. nanti bahulu tak sedap dan lembut. Menyalakan api dan meletakan sabut atas acuan bahulu dan sekali-sekala sibuk melihat dan mencucuk bahulu dengan  lidi untuk melihat sama ada dah masak atau belum.

        Ahhhh...... aku mewarisi kegemaranmu  makan kuih bahulu sepertimana ayahku yang suka memakannya dengan mencecahnya dengan air kopi o. Keenakkan kuih bahulu buatan tanganmu terasa sehingga kini, meskipun dah lama   ianya  berlaku.  Kenangan demi kenangan bersamamu tak upaya untuk aku melupakannya. Adilfitri  hampir berkunjung di laman perjuangan yang hampir selesai, Kedua-dua orang tersayang telah pergi seperti terasa aidilfitri tak bererti lagi. Tak kulihat lagi senyuman mesra dan manjamu  menyapa dan menyambut kepulangan ku di mahligai mu. Tak dapat lagi aku rangkul erat tubuhmu, membelai rambutmu yang panjang dan memutih. Tak dapat aku meramas-ramas lembut tangan lagi dan tiada lagi ku rasai dirimu mengelus-ngelus rambutku dengan kasih sayang walaupun aku telah sedewasa ini.. Kegembiraan dan keriangan aidilfitri semakin tak ku rasai.

      Perjalanan yang panjang memusingkan roda yang tak ada akhirnya. Aku sedar kini aku pula melalui saat-saat seperti mu, tak sabar menunggu anak-anak ku pulang ke rumah untuk  berhari raya . Meniti kegusaranmu melihat perjalanan hidup anak-anak. Melimpahkan kasih sayang dan harapan sepertimu untuk anak-anak dan keluarga. Tiada upaya aku mengikis ruangan ingatan semasa kita bersama selepas ayahda pergi meninggalkan kita sekeluarga. Terlalu banyak saat indah kita bersama.Terima kasih " Mak" di atas segala yang kau limpahkan terhadap diriku. Kasih sayang, ajaran,perhatian,tanggungjawab dan kesucian hatimu terhadap diriku. Moga kau ditempatkan disisi orang-orang yang Soleh. Amin.....



Kursus Profesionalisme Guru Cemerlang kali ke 3 2011

Monday, August 15, 2011 at 10:18 PM



Salam,
Buat-rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang satu Kursus Profesionalisme akan diadakan
Pada : 20 Ogos 2011
Hari  : Sabtu
Masa : 8.00 hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Johor.

Kursus pelaksanaan "Lesson Study" ini akan diberikan kepada semua Guru Cemerlang bersama-sama dengan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah-sekolah daerah Kluang. bertujuan untuk mngerakkan pelaksanaannya di sekolah. Kursus ini amat penting khususnya untuk Guru cemerlang dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan P N P di bilik darjah. Oleh itu semua Guru Cemerlang diwajibkan hadir ke kursus tersebut.

Mudah-mudahan Allah berikan kita kelapangan pada hari tersebut. Untuk makluman tuan/puan  satu mesyuarat ringkas turut diadakan selepas kursus ini.

"Kecemerlangan berterusan"

" Tipping Point"

at 2:50 PM

SEDIKIT BERKENAAN AMALAN ‘TIPPING POINT’ DALAM PERUBAHAN

Asas
  • Satu anjakan asas budaya dan strategi perlu dibuat untuk menjayakan sesuatu perubahan dalam mana-mana organisasi (A fundamental shift in the organisational culture and strategy).
  • Antara halangan kepada prestasi tinggi sesuatu organisasi termasuk keadaan pegangan kepada ‘status quo’ telah berakar umbi, resos yang terhad dan staf yang kurang bermotivasi.
  • Di mana-mana organisasi, apabila sesuatu jisim kritikal (critical mass) orang yang mempunyai kepercayaan dan bertenaga tercapai, sesuatu idea yang baru dapat merebak seperti epidemik, menghasilkan perubahan dengan cepat.
  • Agen perubahan perlu membuat kenyataan atau panggilan yang berimpak dan tidak mudah dilupai atau dipertikaikan untuk merasionalkan perubahan.
  • Pihak pengurusan perlu menumpukan resos kepada apa yang benar-benar diperlukan untuk mengurangkan pembaziran dan mengoptimumkan operasi.
  • Pihak kepimpinan perlu menggerakkan komitmen di kalangan pemain utama di dalam organisasi.
  • Usaha untuk memintaskan penentang yang paling bising adalah perlu untuk melicinkan proses mencapai hasil yang ditetapkan.
  • Kejayaan perubahan bukan setakat kerana personaliti yang terlibat tetapi juga pada kaedah yang digunakan.
  • Dalam hal ini teori ‘tipping point’ boleh diaplikasi di tempat-tempat lain.
  • Dengan kata lain, kepemimpinan ‘tipping point’ boleh dipelajari.


Kebijaksanaan Konvensional

Dalam amalan mengikut kebijaksanaan konvensional, banyak resos dan jangka masa yang panjang diperlukan untuk mengubahkan organisasi besar.
Dalam jangka masa yang pendek, hasil perubahan tidak jelas dilihat. Ini boleh melemahkan semangat mereka yang menyumbang sama ada dari aspek tenaga, resos atau kewangan. Dalam banyak situasi, daya perubahan tidak mencukupi dan akhirnya ditewaskan oleh daya penentangan yang lebih selesa dengan ‘status quo’. Malangnya, keadaan sebegini adalah kerap. Tidak susah kita mencari pelbagai contoh program yang bermula secara besar-besaran tetapi berakhiri secara senyap, malahan adanya lenyap, tanpa membawa perubahan yang sebenar seperti dinyatakan dan benar-benar dihasratkan pada awalnya.

Kebijaksanaan ‘Tipping Point’

Untuk mengubahkan organisasi yang besar, fokuskan kepada yang ekstrim, sama ada orang, tindakan atau aktiviti, yang akan mengakibatkan kesan yang besar kepada prestasi. Usaha ini boleh
menghasilkan satu anjakan positif dengan kos yang lebih rendah dan jangka masa yang lebih pendek. (Masih ingat tentang inovasi nilai dalam ‘Blue Ocean Strategy’?). Walau bagaimana pun, adalah di dalam jangkaan bahawa untuk sebarang perubahan mesti terdapat berbagai-bagai halangan. Halangan-halangan ini boleh dikategorikan kepada empat kategori utama.

Empat Halangan Utama Dalam Organisasi

  1. Halangan kognitif: Ahli-ahli di dalam organisasi yang telah lama biasa dan selesa tidak nampak keperluan anjakan strategik.
  2. Resos terhad: Semakin besar sesuatu anjakan strategik, semakin besar keperluan resos untuk melaksanakannya.
  3. Motivasi: Bagaimana memotivasikan pemain-pemain utama untuk bergerak dengan cepat untuk lepas dari ’status quo’?
  4. Politik: Jangan pandang remek tentang politik korprat yang boleh membawa banyak kerumitan.

Mengatasi Empat Halangan

Apa yang pemimpin ‘tipping point’ lakukan untuk mengatasi halangan-halangan tersebut?

  1. Halangan Kognitif: Usahakan kesedaran tentang keperluan anjakan strategik. Biar mereka lihat dan mengalami perubahan.
  2. Resos terhad: Fokus bukan ditumpukan kepada mencari lebih banyak resos. Sebaliknya, tumpu kepada melipat gandakan nilai resos yang sedia ada.
  3. Motivasi: Pemain-pemain utama perlu dimotivasikan dengan cepat. Fokus kepada tiga faktor yang berikut: a) Zoom kepada ‘Kingpins’: Mereka yang mempunyai pengaruh yang utama dalam organisasi. b) Letakkan ‘Kingpins’ di dalam mangkuk ikan supaya tindakan atau ‘tiada’ tindakan mereka dilihat oleh semua. c) ‘Atomise’ untuk membolehkan organisasi ubah sendiri.
  4. Politik: Fokus kepada tiga jenis orang-a) ‘Angels’ – Mereka yang paling untung dari anjakan strategik. b) ‘Devils’ – Mereka yang paling banyak kerugian. c) ‘Consigliere’ – Mereka yang trampil politik tetapi merupakan orang dalaman yang dihormati. Mereka tahu secara awal-awalan mana ada periuk api, siapa yang akan menentang dan siapa yang akan menyokong anda.

Sepuluh Petua Mengubahkan Organisasi
Amalan ‘tipping point’ memberi garis panduan untuk mengubahkan sesuatu organisasi dalam bentuk sepuluh petua.
  1. Memecahkan keselesaan: Gerakkan orang ke tahap hendak membuat perubahan yang diperlukan. Bangkitkan kesedaran bahawa ‘status quo’ adalah satu resipi untuk mala petaka.
  2. Tanggalkan simbol-simbol kemerosotan: Apakah simbol kemerosotan organisasi anda yang perlu ditanggalkan untuk memberi isyarat bahawa anda betul-betul ingin melakukan perubahan untuk peningkatan?
  3. Menggantikan tingkap-tingkap yang pecah: Tingkap yang pecah kalau dibiarkan sahaja memberi gambaran anda tidak peduli dan keadaan organisasi adalah terbiar. Apakah ‘tingkap-tingkap’ yang perlu digantikan di organisasi anda?
  4. Penglibatan pelanggan dan komuniti: Perlu difahami bahawa kejayaan sesuatu ‘brand’ adalah bergantung kepada pelanggan. Bagaimana anda dapat menjadikan ‘brand’ anda berinteraktif dengan pelanggan dalam usaha membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D)?
  5. Mengenalpastikan ’hot spots’: Bagaimana anda dapat memokuskan perhatian anda kepada aspek-aspek di mana 80% (melawan dengan 20%) daripada usaha anda akan mendatangkan hasil?
  6. Kawalan ’king pins’: Dapatkah anda mengenalpastikan ‘king pins’ organisasi anda dan mempengaruhi mereka untuk menyokong usaha anda? Sekiranya anda berjaya memenangi hati ’king pins’ ini, separuh daripada peperangan telah dimenangi.
  7. Menstrukturkan cabaran: Adakah anda menstrukturkan cabaran organisasi anda kepada kerangka yang jelas supaya ahli-ahli organisasi mempunyai matlamat yang konkrit mengikut kemampuan mereka untuk mencapai kemajuan?
  8. Penampilan untuk peningkatan semangat: Apakah usaha anda untuk menaikkan imej organisasi dan meningkatkan penampilan pemain-pemain untuk menaikkan semangat mereka?
  9. Senyapkan mereka yang sentiasa kata ’tidak’: Apa yang anda lakukan untuk senyapkan mereka, sama ada di luar atau di dalam organisasi, yang sentiasa kata ‘tak’, ‘tak boleh’ atau ‘tak nak’ kepada usaha anda?
  10. Memetakan rupa bentuk: Adakah anda menegaskan kejituan dan ketepatan masa maklumat; tindakan yang cepat; taktik yang efektif dan penilaian serta tindakan susulan yang berterusan?

Akhir sekali, cuba anda meneliti secara kritikal pelbagai perkara yang sedang berlaku di dalam organisasi anda atau organsisasi yang lebih besar di mana organisasi anda adalah sebahagian daripadanya. Adakah organisasi-organisasi ini mengamalkan cadangan-cadangan daripada ’tipping point’. Adakah anda mempunyai keraguan dan kebimbangan tentang perkara-perkara yang masih dilakukan mengikut amalan konvensional yang hasilnya nanti tidak setimpal dengan tenaga, resos, kewangan dan masa yang dicurahkan?
(Perlu diakui di sini bahawa artikel ringkas ini tidak dapat memberi kefahaman yang selengkap berkenaan teori ’tipping points’. Memang bukan tujuan dan juga di luar kemampuan saya untuk memberi satu penjelasan yang komprehensif tentang tajuk ini. Oleh itu, saya berharap peminat tajuk ini dapat membuat bacaan lanjutan buku-buku atau artikel-artikel yang berkaitan.)

Sumber:  http://thinkingallowed1.blogspot.com/2010/06/sedikit-berkenaan-amalan-tipping-point.html
En.Yew Kok Leh
Pengetua Cemerlang 
SMKJM.

Terima kasih Sejunjung Budi

Sunday, August 7, 2011 at 11:59 PM
Salam,
Warga Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang merakamkan jutaan terima kasih dan  jutaan penghargaan kepada Tn.Hj. Shaharuddin Bin Sharif Pegawai Pelajaran Daerah Kluang  di atas segala sumbangan, kerjasama dan keperihatinan Tuan terhadap Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang. Sokongan tuan amat kami hargai. Mudah-mudahan tuan akan diberikan kesempurnaan kesihatan, keluasaan kerjaya dan terus memimpin dengan cemerlang dalam dunia pendidikan. Syabas! Tuan.

Syukur Alhamdulilah Kita Rebut Peluang Ini

Thursday, August 4, 2011 at 8:19 PM
Salam,
Buat-buat rakan selamat berpuasa dan menghadapi bulan Ramadan yang suci dan mulia ini, Perbanyakkan amalan dan sedekah untuk memenuhi tuntutan dan meningkatkan keimanan diri kita sendiri. Bersyukur kehadrat Illahi kerana sebelum menjelang Ramadan. Saya mendapat satu berita yang amat menggembirakan di mana Majis Guru Perpustakaan dan Media bersama-sama Majlis Guru Cemerlang telah diberikan sebuah bilik saketeriat/bilik pengurusan dan sebuah bilik mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang lama. Bilik mesyuarat oleh memuatkan seramai 40 orang peserta pada satu-satu masa. Alhamdulilah kita telah ada tempat khusus untuk melaksanakan aktiviti baik mesyuarat, bengkel, kursus mahupun perjumpaan ahli. Tak perlu lagi kita menumpang di sekolah-sekolah  lain untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan ahli kita.

Namun begitu peluang keemasan ini harus kita garab dengan secepat mungkin untuk melengkapkan kedua-dua bilik ini dengan perabut dan kelengkapan-kelengkapan lain yang asas dan perlu secara segera, sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini. adalah diharapkan bilik saketeriat dan bilik mesyuarat ini, dapat kita gunakan apabila menjelangnya bulan Syawal nanti.Untuk makluman ahli,  AJK MGC Kluang telah pun membersihkan bilik-bilik tersebut  beberapa hari sebelum Ramadahan.

Bagi memastikan perancangan kita berjalan dengan lancar dan sempurna adalah dimohon  supaya ahli MGC Kluang bersama-sama menyumbang untuk melengkapkan perabut dan keperluan-keperluan lain di ke dua-dua bilik tersebut dengan kadar segera.

1. Meja pengurusan 2 X  RM 200.00
2. Meja Banquet bilik mesyuarat 12 X RM 150.00
3.Kerusi Banquet 40 X RM.50.00
4. Kos-kos lain untuk skirting, langsir, skrin OHP, papan kenyataan dll.

Ahli-ahli MGC Kluang boleh menyumbang dengan cara :

1. Menaja meja RM150.00 sebuah
2. Menaja kerusi RM.50.00 sebuah
3. Membuat sumbangan minima RM30.00 seorang

Perhatian.

1. Seorang GC akan dilantik sebagai wakil setiap sekolah untuk memungut sumbangan tuan/puan.
2. bagi penaja meja dan kerusi akan di catatkan sumbangan tuan-puan pada papan kenyataan khas dibilik  
    mesyuarat tersebut.


Kita perlu cepat menyelesaikan hal ini. Supaya tidak kita lepaskan peluang keemasan ini. Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan akan membantu MGC Memertabatkan Guru Cemerlang itu sendiri.

Akhir sekali, Majlis Guru Cemerlang dan Majlis Guru Perpustakaan  dan Media merakamkan jutaan penghargaan kepada Tn. Haji Shahruddin bin Sharif Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Tn. Hj. Ishak bin Mahbob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, En. Mohd Hisam Ketua PKG daerah Kluang  di atas keperihatinan dan  telah memberikan kesempatan dan peluang kepada kita untuk menggunakan bilik-bilik tersebut. Mudah-mudahan segala jasa dan pengorbanan tuan puan hanya Allah jua membalasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved