National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Akses Internet berkelajuan tinggi

Wednesday, October 27, 2010 at 7:08 PM

 Salam,
Pada tahun 2011, Google dalam perancangan untuk menguji rangkaian broadband berkelajuan ultra tinggi. Rangkaian ini akan menyediakan akses internet berkelajuan tinggi sekitar 100 kali kelajuan berbanding... yang ada  sekarang.

Internet search giant, Google, last week announced a plan to test an ultra high-speed broadband network at Stanford University in 2011.
Incidentally, Stanford is also where Google’s founders, Larry Page and Sergey Brin, attended. The company will provide high speed access to over 800 staff-owned and faculty members based on Stanford’s Palo Alto, California, campus.
This connection will provide high speed internet access at about 100 times the current average connection speeds, up to 1 GB (gigabit) per second. Using Fiber-optic technology, the company plans to break ground on the project in early 2011.
Also earlier this year, Google announced plans to offer a similar service on a trial basis in one or more locations in the United States, which would allow them to test the network with at least 50,000 people or even more. It is not yet known where these location(s) will be, as Google will only announce the winning community(s) towards the end of this year.
Among Google’s many offerings are also a much faster internet browser called, Google Chrome. Among some of the positive attributes is that the actual display area of the browser is noticeable bigger than for instance Internet Explorer and Firefox.
Google is a worldwide leader in internet search, with the company also announcing an even faster search method last month, called Google Instant. You should be able to see this new feature every time you begin to type your search query in any Google Search box on the internet. It works by “reading” the text as you type your query, and then providing you with relevant and popular keyword matches from a drop-down box directly below the search-box. It is incredibly fast, displaying the best matches even before you have finished typing the search query

Google’s products seem to keep evolving, with the company branching out into various other areas of business and product offerings to its vast user network.

Sumber;
http://rmmict.blogspot.com/
http://www.new-technology-world.com/wordpress/?p=762

Pertandingan Kajian Tindakan Daerah Kluang.

Sunday, October 24, 2010 at 8:26 PM
Salam,
Pertandingan kajian tindakan Majlis Guru Cemerlang telah berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat SMK.Jalan Mengkibol pada hari Sabtu 23 Okotober 2010 .Majlis Guru Cemerlang mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan Guru Cemerlang yang telah berani menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan tersebut. Terima kasih juga diberikan kepada rakan-rakan yang turut hadir bersama-sama menjayakan pertandingan kajian tindakan  yang pertama kali diadakan ini. Meskipun ianya diadakan pada  hari Sabtu. Terima kasih kepada Tn.Hj Shaharudin bin Sharif PPD Kluang dan En.Md.Said bin  Daimon P.PPD ( Ketua unit pengurusan sekolah) kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan menutup pertandingan kajian tindakan tersebut.

Sekalung tahniah kepada:

Kategori Sekolah Menengah
Johan  
Pn. Che Hasnah bte Nuh
N.Johan
Pn. Zaiton bintiDaud
Ketiga
En.Zulkifli  bin Pungot

Kategori Sekolah Rendah
Johan
Pn.Maimunah bt. Juraimi
N.Johan
Pn. Wahidah bte Abdul Rahman   
Ketiga
Pn. Maslia binti Darum


Johan  kategori Menengah dan Rendah akan mewakili MGC Kluang ke pertandingan kajian tindakan peringkat negeri.Johor yang akan diadakan pada 11.11.2010

Hati menjadi tak sabar.

at 8:05 PM
Salam,
Alhamdulilah,pada 22 oktober 2010,satu majlis pra-penyerahan bangunan baru telah diadakan di  Bilik mesyuarat SMKJM. Bangunan baru empat tingkat ini ,antaranya merangkumi pusat sumber sekolah,bilik muzik,bilik akses kendiri bilik darjah,makmal fizik dan kimia yang dilengkapi dengan kemudahan yang seberbaru dan canggih. Apabila melihat Pusat Sumber Baru yang terletak ditingkat 4 merangkumi bilik pusat sumber,bilik tayangan, bilik media, bilik bahan bantu  berada dalam  satu bangunan di tingkat yang sama  menyebabkan hati ini tidak sabar untuk berpindak ke lokasi baru. Kalau selama ini, pusat sumber sekolah SMKJM terlatak di dalam keadaan yang berpisah blok dan  berjauhan antara satu sama lain. Agak menyukarkan untuk melakukan pemantauan kepada aktiviti dan kawalan PSS. Kerana kebanyakan masa dihabiskan di bilik tayangan. Telah terbayang dikotak fikiran untuk menjadikan PSS yang baru ini sebagai satu wadah yang lengkap untuk membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar disamping menjadiikannya sebagai agen perubahan. Alhamdulilah di bawah satu bumbung kini akan melancarkan segala-galanya. Insyaalah penyerahan penuh bangunan baru empat tingkat ini akan dilakukan dipenghujung bulan Oktober ini .Sesungguhnya hati ini menjadi tak sabar dan bergetar untuk melihat hasilnya nanti. Meskipun ianya menuntut seluruh masa dan kekuatan untuk melakukannya.Insyaalah.

Hanya kita yang faham

Wednesday, October 13, 2010 at 11:55 PM
Salam,

Buat teman-teman yang sejawatan....

Alhamdulilah 2010 mengira detik untuk menutup persembahannya. Kita masih lagi disini berdiri dengan sendiri, menjengah sekali sekala derap langkah yang ditinggalkan.. Sejauh mana kejayaan PSS kita, merenung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang 2010, masalah yang timbul, kejayaan yang dikecapi mahupun kekalahan yang kita hadapi. 2010 ni, masih ada kawan-kawan kita yang masih lagi belum dilantik menjadi GPM yang sebenarnya, masih lagi dibelenggu dengan ,masalah waktu mengajar yang tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan, masih lagi dibelenggu dengan masa relif yang banyak. masih lagi teraba-raba apakah tugas yang GPM yang sebenarnya? Adakah  bertumpu kepada  mengurus perpustakan atau mengurus Pusat Sumber Sekolah  yang merangkumi keseluruhan sekolah. Bagaimana pulak nak mengurus media?   Ada kawan-kawan kita yang mengalirkan air mata merasai seribu keperitan untuk membangunkan PSS di samping melaksanakan kualiti standard PSS yang telah di tetapkan oleh KPM di melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. 

Mengharungi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.Melaksanakan tuntutan  tugas yang pelbagai. Sesungguhnya kita masih lagi dikelilingi masalah yang belum selesai. malangnya masih ramai pentadbir yang tidak memahami peranan GPM di sekolah. Memang  ada antara kita telah dilantik tetapi adakah cukup hanya dengan sekadar lantikan sahaja, bagaimana dengan kursus-kursus profesionalisme dan kemahiran pengurusan PSS? Adakah layaknya seorang GPM berkursus di PKG dalam masa yang amat terhad. malah nak berkumpul pun payah.. sedangkan kita bukan dibawah norma penjawatan di sekolah. Guru-guru MP di mana mereka berkursus? Kesian kita .... Katanya PSS sangat penting ke arah membina Generasi Bermaklumat. tapi kita dipandang sepi.. dan tak penting. Ada beribu-ribu GPM di daerah masing-masing dan seluruh Malaysia tapi tak ada link,... yang mantap. Bagaimana kita nak saling bantu membantu memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah?.Saluran mana yang harus kita lalui untuk mencapai standard  yang dikehendaki?

 Kalau Majlis Guru Cemerlang ada penaungnya. sehingga ke peringkat kebangsaan, Majlis Guru Besar  dan  Pengetua, Majlis Perhubungan Kaunseling, Majlis Perhubungan Lepasan Master dan pelbagainya . Banyak yang mereka pejuangan untuk kebajikan ahli. Tapi GPM hidup segan mati tak mahu. Siapa nak jaga kita ? sedangkan kita penghubung BTP dan sekolah. Kita dilantik tapi pengiktirafannya di mana, berfungsi ke BTP kalau GPM begini nasibnya. Siapakah yang mampu mengangkat martabat GPM sealiran dengan yang lain-lain. Setelah hampir 5 tahun jawatan GPM diwujudkan. Siapakah yang faham tugas yang bergelumang Di PSS dengan kononnya pemintaan standard pengurusan yang tinggi mencapai entah apa-apa ISO, Bagaimana NKRA dan KPI GPM itu sendiri tentu tinggi melangit..? tapi kita tetap macam ni. Janganlah kerap  kali menyalahkan kita.GPM tersepit antara keputusan dan arahan  pentadbir,persekitaran sekolah yang berbeza, suasana yang berlainan, pelanggan yang berbeza. Perlu bekerjasama dan rakan-rakan yang pelbagai kerenah .Bertuahlah jika  berada di sekolah yang hebat dan  menyediakan segalanya  untuk kita.Kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

eeh..... dah jauh melalut ni, tapi siapa yang tahu dia tahu, apa pun kita beterima kasih pada orang yang tahu dan sentiasa memperjuangkan GPM. Harap-harap kakak-kakak dan abang-abang kita di BTPNJ, BTPM dan kementerian masih ingat lagi titik peluh yang bertaburan di dada pusat sumber sekolah.   Jangan kerap kali menyalahkan kita , semuanya tak betul.salah . Apa sumbangan guru gpm? Apa yang dibuat disekolah ? Sedangkan  pada abang dan kakak  ini, terletaknya harapan untuk mengangkat martabat Guru Perpustakaan dan Media. Apakah bantuan dan perancangan strategik  yang telah diberikan dan dilaksanakan   untuk menambahkan  ilmu pengetahuan  Sains Perpustakaan dan pemantapan pengurusan  dikalangan GPM itu sendiri .

Kepada GPM yang baru dilantik tapi belum dapat surat dari JPN sabarlah, buat kerja dengan penuh ikhlas dan semampu boleh insyaalah segala-galanya akan dipermudahkan oleh Allah jua. Buat rakan yang dah kering air mata meredah sejuta kepayahan dan mengjangkau rintangan sesungguhnya kita masih bersama dan saling memerlukan. Yang penting kerjasama dan perjuangan mesti diteruskan.
Sesungguhnya sokongan semua pihak yang terlibat mampu menjulang  Pusat Sumber Sekolah sebagai Pemangkin Kecemerlangan Akademik

Jerit payah dan peluh yang mengalir dalam keredaan dan keikhklasan  mudah-mudahan hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Sesungguhnya  berlari  di padang rata takkan sama berlari  mendaki  tanah berbukit dan berlopak dalam.

Biar terintang
Teruskan berjuang

Dari,
Ismail bin Yon,
Guru Cemerlang  Perpustakaan dan Media,
SMK.Jalan Mengkibol,Kluang.

Seminar KajianTindakan MGC Kluang 2010.

at 2:54 AM
TARIKH SEMINAR KAJIAN TINDAKAN

Program : Seminar Kajian Tindakan Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang)
Tarikh : 23 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa :7.45 pagi – 1.30 petang
Tempat : SM Jalan Mengkibol,Kluang,Johor.
Penglibatan: Semua Guru Cemerlang Daerah Kluang

MASA
AKTIVITI
         7.30 - 8.15 pagi
-          Pendaftaran
-          Sarapan pagi

 8.15 – 8.30 pagi                                             
-          Taklimat Peserta  dan Hakim
 8.30 – 10.00 pagi                                           
Pembentangan Laporan Kajian Tindakan
 (Sessi pertama)

10.00 – 10.30 pagi                                         
Rehat
10.30 – 12.30 t/hari                                       
Pembentangan Laporan Kajian Tindakan
 (Sessi kedua)
12.30 t/hari- 1.30.0 petang                         
MajlisPenutup
-          Bacaan Doa
-           Ucapan aluan
              Pemangku Pengerusi MGC Kluang
             En Ismail b Yon
-          Ucapan Penutupan RasmiPegawai Pelajaran Daerah Kluang   Tn. Hj Shaharudin b. Sharif
-          Penyampaian Sijil dan Cenderama   
-          sesi fotografi
-          Jamuan/bersurai

2.00-4.00 petang
Mesyuarat AJK MGC Daerah Kluang


Perhatian kepada pembentang Kajian Tindakan
1. Masa di beri 15 minit . 10 minit untuk pembentangan dan 5 minit untuk soal jawab
2. Sila serahkan Kajian tindakan tuan/puan sebanyak 4 salinan kepada ketua hakim 
    Pn. Hajah Rahmah bte Hj. Sayuti. tiga hari sebelum 18 hari bulan Oktober 2010
4. Giliran pembentangan akan diundi pada jam 8.00 pagi semasa taklimat program.
Pembentangan Kajian Tindakan

Kategori Sekolah Menengah

1.       1.Pn. Norhakimah bt Ismail SMK Sultan Abdul Jalil (Kemahiran Hidup)
2.       2.Che Hasnah bt Nuh SMK Simpang Renggam 2 Meningkatkan ingatan pelajar terhadap 
           tokoh Ibnu Sina     dengan pendekatan pantun
3.      3. Zanariah Buang SMK THO Ayat Hafazan Berirama
4.     4..   Pn. Nurmina binti Rusli  Tajuk Meningkatkan kemahiran 10 orang pelajar Tingkatan 2 
           cerdik dalam penambahan Integer Negatif(Addition of Negativ Integers) menggunakan 
           bahan terbuang satu alternatif
5.      5. En. Azizi  bin Abd Jalil SMK Simpang Renggam  mendarab matrik dengan kaedah kurungan 
           4 darab 2  tambah bagi menyelesaikan persamaan serentak.
6.       6.Pn Jalilah Kasim SMK Sedara Mencari persamaan garis lurus yang sesuai untuk
            menyelesaikan suatu  persamaan bagi 7 orang pelajar tg 5 Gdengan menggunakan kaedah 5 S
7.       7.Zulkifli bin pungut  Smk Simpang Renggam Putaran 90 darjah dengan
            menggunakan kaedah POTL11
8.       8.En. Zulkifli bin Ahmad SMK Jalan Kota Tajuk Meningkatkan kemahiran mengingat  
           kejadian 4 musim   dengan kaedah “akronim”.
9.       9.Pn. Zaiton binti Daud SMK Jalan Kota Tinggi : Penentuan pasangan penderma dan 
           penerima jenis darah dengan kaedah 7 lubang puaka.
10. 10.  En. Abdul Rahman Darham SMK STAB


Kategori Sekolah Rendah

1.       1.Pn. Maimunah bte Juraimi S K Seri Intan penggunaan kawan besar, kawan kecil dalam operasi tolak 
            dengan mengumpul semula.
2.      2. Pn. Norini bt Razali SK Machap Meningkatkan kemairan menolak pecahan, nombor bulat dgn nombor    
           bercampur dgn menggunakan kad  no + 1
3.       3.Pn. Wahidah bte Abdul Rahman   Meningkatkan kemahiran mengukur unit ukuran panjang,
           timbangan  berat dan isipadu cecair murid tahun 6 dengan menggunakan kaedah “Magic Train”
4.     4.  Pn. Maslia binti Darum  SK Batu 3
5.       5.Poongudhi A/P Subramaniam SJKT Jalan Haji Manan








Pematuhan Pekeliling Bil. 3/2005

at 2:42 AM
Salam,
Buat semua rakan-rakan Guru Perpustakaan dan Media, Alhamdulilah dalam pertemuaan pementau dari  Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah memberikan saya surat pematuhan pekeliling Bil.3/2006 yang berkaitan dengan penyelarasan waktu mengajar Guru Penyelaras Bestari dan Guru Perpustakaan dan Media ( Penyelaras Pusat Sumber) .Surat ini diberikan kepada setiap sekolah di Malaysia dengan tujuan supaya pihak pengurusan sekolah mematuhi perkeliling tersebut. Sering kali dalam pertemuan antara Guru Perpustakaan dan Media diungkitkan masalah bilangan waktu mengajar yang melebihi dari 8 waktu .Malah saya pasti ramai di antara kita tidak pernah melihat dan diberikan surat pekeliling ini  KP(BTP-PSP)8810/11/1jld 2(38) bertarikh 29 Disember 2009.

Melalui surat ini juga dengan jelas dinyatakan kita perlu melaksanakan tugas-tugas hakiki mengurus Pusat Sumber Sekolah  perincianya adalah seperti berikut:
  1.Organisasi Bahan   -10 waktu seminggu
  2.Pengurusan Pusat Sumber -6 waktu  semingu
  3.Galakan membaca dan literasi maklumat 4 waktu seminggu 

Mudah-mudahan dengan adanya surat tersebut akan membantu tuan/puan mempunyai fokus terhadap mengurus pusat sumber masing-masing.

upload di sini untuk mendapatkan pekeliling 1.  KP(BTP-PSP)8810/11/1jld 2(38) bertarikh 29 Disember 2009.
2.http://www.keepandshare.com/doc/2297875/surat-pematuhan-pk-3-2005-kppm-ms02-pdf-october-13-2010-4-58-pm-223k?da=y
      
Terima kasih,TUAN.

Terima Kasih Tuan

at 2:21 AM
Salam,
Alhamdulilah ,syukur kehadarat Ilahi  dalam dalam kesibukan kerja  di sekolah dan menguruskan hal-hal berkaitan aktiviti Majlis Guru Cemerlang daerah Kluang,MGC Negeri Johor dan  Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan,sempat juga meneruskan perjuangan untuk terus mengikuti arus perjalanan Guru Cemerlang. Alhamdulilah telah selesai dipantau oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.Ingin  merakamkan jutaan terima kepada mu Tuan,di atas segala tunjuk ajar dan teguran dalam usaha untuk memantapkan diri dengan pengetahuan Sains Perpustakaan  dan menguruskan pusat sumber sekolah dengan lebih cemerlang.
Insyaalah akan berusha untuk memenuhi cadangan dan melakukan yang terbaik untuk diri dan Guru Cemerlang itu sendiri. Terima kasih Tuan.

Pusat sumber sekolah dan peranannya dalam dunia pendidikan masa kini

Saturday, October 9, 2010 at 8:03 AM
Salam,
Perkembangan dunia pendidikan hari memerlukan perubahan minda yang paling ketara dan dituntut,lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi pendidikan yang semakin mendesak guru-guru menyaingi kemahiran ICT pelajar.Manakala jika kita meneliti  bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang memberikan penekanan  untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan yang  memberi tumpuan kepada empat perkara utama
1. Prasekolah
2.Literasi dan Numerasi (LINUS)
3. Sekolah Berprestasi  Tinggi
4.Tawaran baru kepada pemimpin sekolah

Jika dikaji secara mendalam sudah pastinya kesemuanya  melibatkan  peranan dan fungsi  Pusat Sumber Sekolah sebagai pemangkin kecemerlang pelajar dan sekolah.Ini  adalah disebabkan  Pusat Sumber Sekolah merupakan satu akses mudah yang telah tersedia dan lengkap disekolah untuk dimenafaatkan sepenuhnya.Jesteru itu adalah menjadi tanggungjawab semua guru  untuk  terus bersama-sama menggunakan Pusat Sumber Sekolah sesuai dengan objektifnya :

1.1          Kecemerlangan Pendidikan 
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berbantukan sumber yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah

1.2          Penggunaan kemudahan 
Menggalakkan guru-guru dan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan tidak bergantung
kepada buku teks semata-mata.

1.3          Pemupukkan Tabiat Belajar 
Memupuk tabiat  belajar sendiri dan berkumpulan dengan cara membaca, menyelidik, ulangkaji melalui
pencarian  maklumat secara sistematik.

1.4          Penghasilan bahan 
Membantu guru-guru menghasilkan bahan Bantu mengajar menggunakan pelbagai kemudahan yang 
terdapat di Pusat Sumber sekolah.
 
  1.5Kemahiran IT dan Maklumat 
Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar mempelajari, menggunakan dan mengaplikasi komputer dan internet  dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Doa dan Harapan

Friday, October 8, 2010 at 8:08 AM
Salam.

Meniti kehidupan dengan pelbagai liku perjalanan hidup menyaksikan segala macam bentuk peristiwa dan kejadian yang menginsafkan diri akan kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Melintas detik-detik kepayahan ini melihat perjuangan seorang  anak kecil seorang sahabat terlantar sepi di katil wad icu Johor Baharu menghela payah nafas nya perlahan-lahan mengusarkan kedua ibu bapa dan kakaknya yang tercinta. Terhambur untai air mata yang tak dapat ditahan dari kedua-dua kelopak mataku. Perjalanan yang dilalui hanya  13 tahun merasai erti sebuah kehidupan, belum puas bermanja mesra dengan ayah tercinta,  belum lagi mencipta sejarah hidup dan manisnya sebuah kehidupan, Dalam segarnya tiba-tiba terlantar disudut itu mengira waktu dan tiks terselamat dari intaian  maut. Sesungguhnya perjalanan hidupnya masih terlalu jauh kehadapan. Moga Allah berikannya kekuatan, moga Allah masih memberikannya kesempatan untuk terus  berlari dipadang kehidupan, menghambur gelak tawa, gurau senda dalam pelukan hangat kasih ibu  dan gengam erat tangan ayah. Pasrah diri ini melihat segalanya. Moga segalanya pulih seperti biasa.. Ya  Allah  panjangkan usianya.Amin.

Persidangan Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan 2010

Tuesday, October 5, 2010 at 7:11 AM
Salam,

Kesibukan meniti hari-hari ketika memanjat usia perjalanan hidup yang tak lekang dengan tugas dan tanggungjawab yang meruntun hati dan kekuatan jiwa dan perasaan. Melepasi setiap peristiwa yang perlu dilalui dengan pelbagai pengalaman. Kesibukan yang tertuntut berjaya mengharungi Persidangan Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan buat kali ke 8 yang diadakan di Akademik Kenegaraan Biro Tatanegara,Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur. Menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan, bersama-sama berkongsi cerita dan mendengar lautan pengalaman En.Azizul Rahman GC Gred Khas C,dikeliling rakan-rakan GC dari seluruh negara,merasakan pengalaman hebat dan menarik apatah lagi melihat inovasi dan modul-modul yang dihasilkan oleh mereka.
Melonjak kembali nafas yang hampir tersekat diranting-ranting cabaran melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.Merancang dan melaksanakan apa yang boleh untuk sama-sama mengikut arus kecemerlangan berterusan. Terkadang rasa kecil hati ,susahnya jika kita ni,orang kecil yang terpaksa menunggu segala keputusan. Pening juga dibuatnya ....Tapi bila kulihat ketabahan mereka ,membuatkan segala-galanya harus dihadapi dengan tabah dan mengumpul iltizam
yang menggunung untuk kembali bersemangat  seperti sedia kala. Terima Kasih kerana memberikan aku kesempatan untuk terus berjuang di arus pendidikan.

Jom Kita Bertempur

at 6:40 AM
Masanya telah sampai
untuk kita turun bertempur
dipadang usia

tajamkan senjata akal mu
jenuh diasah para guru
tingkatkan upaya fokusmu
mengutip kembali titisan-titisan barakah
dari bibir gurumu yang kering bertahun

cantum kembali segala langkah
ketika menyatu nota dan
susunan peta minda
yang kau canai

di dada jawapan tersedia

Nah, tikanya telah sampai
hamburkan segalanya.....
Moga citra menjunjung pawana

Khas untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan PMR 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved