Salam,
Buat semua rakan-rakan Guru Perpustakaan dan Media, Alhamdulilah dalam pertemuaan pementau dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah memberikan saya surat pematuhan pekeliling Bil.3/2006 yang berkaitan dengan penyelarasan waktu mengajar Guru Penyelaras Bestari dan Guru Perpustakaan dan Media ( Penyelaras Pusat Sumber) .Surat ini diberikan kepada setiap sekolah di Malaysia dengan tujuan supaya pihak pengurusan sekolah mematuhi perkeliling tersebut. Sering kali dalam pertemuan antara Guru Perpustakaan dan Media diungkitkan masalah bilangan waktu mengajar yang melebihi dari 8 waktu .Malah saya pasti ramai di antara kita tidak pernah melihat dan diberikan surat pekeliling ini KP(BTP-PSP)8810/11/1jld 2(38) bertarikh 29 Disember 2009.
Melalui surat ini juga dengan jelas dinyatakan kita perlu melaksanakan tugas-tugas hakiki mengurus Pusat Sumber Sekolah perincianya adalah seperti berikut:
1.Organisasi Bahan -10 waktu seminggu
2.Pengurusan Pusat Sumber -6 waktu semingu
3.Galakan membaca dan literasi maklumat 4 waktu seminggu
Mudah-mudahan dengan adanya surat tersebut akan membantu tuan/puan mempunyai fokus terhadap mengurus pusat sumber masing-masing.
upload di sini untuk mendapatkan pekeliling 1. KP(BTP-PSP)8810/11/1jld 2(38) bertarikh 29 Disember 2009.
2.http://www.keepandshare.com/doc/2297875/surat-pematuhan-pk-3-2005-kppm-ms02-pdf-october-13-2010-4-58-pm-223k?da=y
Terima kasih,TUAN.
FAREWELL...
-
*Assalamualaikum*
Dear all,
This is my last post. Thank you from the bottom of my heart for following
my blog all these years, 11 years to be exact! No...
5 years ago
0 comments