Salam.
Meniti kehidupan dengan pelbagai liku perjalanan hidup menyaksikan segala macam bentuk peristiwa dan kejadian yang menginsafkan diri akan kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Melintas detik-detik kepayahan ini melihat perjuangan seorang anak kecil seorang sahabat terlantar sepi di katil wad icu Johor Baharu menghela payah nafas nya perlahan-lahan mengusarkan kedua ibu bapa dan kakaknya yang tercinta. Terhambur untai air mata yang tak dapat ditahan dari kedua-dua kelopak mataku. Perjalanan yang dilalui hanya 13 tahun merasai erti sebuah kehidupan, belum puas bermanja mesra dengan ayah tercinta, belum lagi mencipta sejarah hidup dan manisnya sebuah kehidupan, Dalam segarnya tiba-tiba terlantar disudut itu mengira waktu dan tiks terselamat dari intaian maut. Sesungguhnya perjalanan hidupnya masih terlalu jauh kehadapan. Moga Allah berikannya kekuatan, moga Allah masih memberikannya kesempatan untuk terus berlari dipadang kehidupan, menghambur gelak tawa, gurau senda dalam pelukan hangat kasih ibu dan gengam erat tangan ayah. Pasrah diri ini melihat segalanya. Moga segalanya pulih seperti biasa.. Ya Allah panjangkan usianya.Amin.
Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang Laporan Aktiviti Tahun 2011/2012
-
*Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang*
*Laporan Aktiviti Tahun 2011*
Bil.
Program
Objektif
Tarikh
Tempat
Catatan
1.
Mengendalikan Pertandingan Kajian Tind...
4 days ago







0 comments