National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Hanya kita yang faham

Wednesday, October 13, 2010 at 11:55 PM
Salam,

Buat teman-teman yang sejawatan....

Alhamdulilah 2010 mengira detik untuk menutup persembahannya. Kita masih lagi disini berdiri dengan sendiri, menjengah sekali sekala derap langkah yang ditinggalkan.. Sejauh mana kejayaan PSS kita, merenung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang 2010, masalah yang timbul, kejayaan yang dikecapi mahupun kekalahan yang kita hadapi. 2010 ni, masih ada kawan-kawan kita yang masih lagi belum dilantik menjadi GPM yang sebenarnya, masih lagi dibelenggu dengan ,masalah waktu mengajar yang tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan, masih lagi dibelenggu dengan masa relif yang banyak. masih lagi teraba-raba apakah tugas yang GPM yang sebenarnya? Adakah  bertumpu kepada  mengurus perpustakan atau mengurus Pusat Sumber Sekolah  yang merangkumi keseluruhan sekolah. Bagaimana pulak nak mengurus media?   Ada kawan-kawan kita yang mengalirkan air mata merasai seribu keperitan untuk membangunkan PSS di samping melaksanakan kualiti standard PSS yang telah di tetapkan oleh KPM di melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. 

Mengharungi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.Melaksanakan tuntutan  tugas yang pelbagai. Sesungguhnya kita masih lagi dikelilingi masalah yang belum selesai. malangnya masih ramai pentadbir yang tidak memahami peranan GPM di sekolah. Memang  ada antara kita telah dilantik tetapi adakah cukup hanya dengan sekadar lantikan sahaja, bagaimana dengan kursus-kursus profesionalisme dan kemahiran pengurusan PSS? Adakah layaknya seorang GPM berkursus di PKG dalam masa yang amat terhad. malah nak berkumpul pun payah.. sedangkan kita bukan dibawah norma penjawatan di sekolah. Guru-guru MP di mana mereka berkursus? Kesian kita .... Katanya PSS sangat penting ke arah membina Generasi Bermaklumat. tapi kita dipandang sepi.. dan tak penting. Ada beribu-ribu GPM di daerah masing-masing dan seluruh Malaysia tapi tak ada link,... yang mantap. Bagaimana kita nak saling bantu membantu memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah?.Saluran mana yang harus kita lalui untuk mencapai standard  yang dikehendaki?

 Kalau Majlis Guru Cemerlang ada penaungnya. sehingga ke peringkat kebangsaan, Majlis Guru Besar  dan  Pengetua, Majlis Perhubungan Kaunseling, Majlis Perhubungan Lepasan Master dan pelbagainya . Banyak yang mereka pejuangan untuk kebajikan ahli. Tapi GPM hidup segan mati tak mahu. Siapa nak jaga kita ? sedangkan kita penghubung BTP dan sekolah. Kita dilantik tapi pengiktirafannya di mana, berfungsi ke BTP kalau GPM begini nasibnya. Siapakah yang mampu mengangkat martabat GPM sealiran dengan yang lain-lain. Setelah hampir 5 tahun jawatan GPM diwujudkan. Siapakah yang faham tugas yang bergelumang Di PSS dengan kononnya pemintaan standard pengurusan yang tinggi mencapai entah apa-apa ISO, Bagaimana NKRA dan KPI GPM itu sendiri tentu tinggi melangit..? tapi kita tetap macam ni. Janganlah kerap  kali menyalahkan kita.GPM tersepit antara keputusan dan arahan  pentadbir,persekitaran sekolah yang berbeza, suasana yang berlainan, pelanggan yang berbeza. Perlu bekerjasama dan rakan-rakan yang pelbagai kerenah .Bertuahlah jika  berada di sekolah yang hebat dan  menyediakan segalanya  untuk kita.Kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

eeh..... dah jauh melalut ni, tapi siapa yang tahu dia tahu, apa pun kita beterima kasih pada orang yang tahu dan sentiasa memperjuangkan GPM. Harap-harap kakak-kakak dan abang-abang kita di BTPNJ, BTPM dan kementerian masih ingat lagi titik peluh yang bertaburan di dada pusat sumber sekolah.   Jangan kerap kali menyalahkan kita , semuanya tak betul.salah . Apa sumbangan guru gpm? Apa yang dibuat disekolah ? Sedangkan  pada abang dan kakak  ini, terletaknya harapan untuk mengangkat martabat Guru Perpustakaan dan Media. Apakah bantuan dan perancangan strategik  yang telah diberikan dan dilaksanakan   untuk menambahkan  ilmu pengetahuan  Sains Perpustakaan dan pemantapan pengurusan  dikalangan GPM itu sendiri .

Kepada GPM yang baru dilantik tapi belum dapat surat dari JPN sabarlah, buat kerja dengan penuh ikhlas dan semampu boleh insyaalah segala-galanya akan dipermudahkan oleh Allah jua. Buat rakan yang dah kering air mata meredah sejuta kepayahan dan mengjangkau rintangan sesungguhnya kita masih bersama dan saling memerlukan. Yang penting kerjasama dan perjuangan mesti diteruskan.
Sesungguhnya sokongan semua pihak yang terlibat mampu menjulang  Pusat Sumber Sekolah sebagai Pemangkin Kecemerlangan Akademik

Jerit payah dan peluh yang mengalir dalam keredaan dan keikhklasan  mudah-mudahan hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Sesungguhnya  berlari  di padang rata takkan sama berlari  mendaki  tanah berbukit dan berlopak dalam.

Biar terintang
Teruskan berjuang

Dari,
Ismail bin Yon,
Guru Cemerlang  Perpustakaan dan Media,
SMK.Jalan Mengkibol,Kluang.

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved