National Key Result Areas
2013 telah Menjelma
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang
* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.
Permulaan Perjalanan kita
Jom baca Quran
NILAM 2013
Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah
VLE
Jamuan Group Teater Kluang 2010
Salam,
Alhamdulilah segala penat lelah kengkawan semua amat-amat berbaloi, bukan sahaja berjaya menghasilkan persembahan yang terbaik, cemerlang dan hebat tetapi apa yang lebih penting ianya menjana kepuasan diri yang tak terbanding, mengharungi pengalaman terindah dalam kerjaya kita sebagai seorang guru biasa. Apa yang lebih penting terjalinnya ukwah serapat mungkin antara kita yang berbeza umur, agama, kepercayaan, latarbelakang, pengalaman tapi mengungsi minat yang sama.
Kalungan penghargaan kepada panel penulis skrip dan juga jurulatih Pn. Patidah, Pn,Puniah,Pn. Azilah, En. Vasu. Cik Low. dan Pn. Hajah Rahmah yang menghasilkan skrip yang baik dan amat bermakna kepada kehidupan seorang guru. Tanpa mereka pastinya kengkawan tak upaya mempersembahkan kehebatan sebuah persembahan.
Penghargaan dan terima kasih kepada Ph. Hjh. Mahizan yang begitu komited menjaga dan menguruskan kami, bersama ketika susah dan senang, tak berputus asa. perihatin dan penuh tanggungjawab. Begitu juga dengan Pn Yeoh Pengetua SM Convent yang sama-sama turun padang bagi memastikan persembahan ini suksess. Kelembutan wajah keibuanya merangsang kita menjadi lebih kreatif dan inovatif . Terima kasih puan.
Kepada kengkawan, syabas dan tahniah atas komitment dan daya juang yang telah diberikan, kerjasama yang amat baik, menerima pendapat dan teguran secara terbuka, berusaha bersungguh, kreativiti dan segalanya tak dapat dibalas dengan kata-kata. Mudah-mudahan apa yang kita perolehi akan menjadi kenangan terindah sepanjang zaman perguruan kita. Mohon jutaan kemaafan jika semasa kita bersama ada keterlanjuran kata dan bicara mahupun perbuatan kerana manusia biasa ni adalan insan lemah dan seringkali melakukan kesilapan. Apa pun segalanya tersimpan abadi sebagai kenangan terindah. Terima kasih semua.
| 0 comments |
Mesyuarat AJK MGC Kluang kali ke 3
Rakan-rakan Guru Cemerlang
Mesyuarat AJK MGC Kluang kali ke 3
Tarikh : 27 Mei 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKJM
Masa 8.00 hingga 2.00 petang
Agenda mesyuarat
1. Ucspan pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. laporan Kewangan
5. Semakan minti mesyuarat Agung 2010
7. Aktiviti MGCJ
- Mesyuarat agung MGCJ
- bayaran dan peserta
- audit kendiri
- maklumat GC kluang sm/ sr lengkap dengan sekolah dan opsyen
- maklumat bilangan GC yang jadual kosong pada hari Khamis
- pertandingan kajian tindakan peringkat negeri Ogos 2010
- peserta persidangan GC Kebangsaan
8. Program peringkat daerah
- immersion sekolah dan guru
- pengajaran berasaskan video
- lawatan sambil belajar
- Pembentangan Kajian Tindakan peringkat daerah
- Seminar motivasi GC
- Jamuan Tahunan
hal-hal lain
1. lantikan Penolong Setiausaha baru dan AJK baru
2. Aktiviti badan kebajikan mengikut zon
3. Buku
4. Blog GC Kluang
selamat bermesyuarat
| 0 comments |
Perayaan Hari Guru Negeri Johor 2010
Salam,
Alhamdulilah, Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor telah pun disambut di dewan SMK SImpang Renggam pada 24 Mei 2010. Bersyukur kehadrat Illahi kerana segalanya telah selesai dengan cemerlang. Walaupun hampir 3 minggu bertungkus lumus mewakili Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang membantu melatih adik-adik peserta persembahan khas khususnya dari aspek seni lakon, Pn. Hjh Rahmah panel penulisan Skrip dan En. Mohd Azmi Murad Pelakon Utama persembahan. Semuanya telah berakhir dengan mendapat pujian yang hebat. Segala-galanya bermula dengan langkah yang pertama.
Terima kasih kepada kengkawan yang terlibat para juru latih, Jai dan rakan-rakannya, Pn. Mahizan, Pn. Yeoh, En. Mahyuddin,En. Said Daimon. Tn. hj Jalil dan tak lupa Tn. Hj. Shahruddin PPD Kluang sendiri di atas segala pengorbanan.kerjasama, sokongan dan idea yang disumbangkan. Sesungguhnya sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh akan menghasilkan kejayaan yang berkesan. Mudah-mudahan persahabatan kumpulan Teater Kluang ini akan berkekalan dan menjadi nostalagia terindah sepanjang zaman. Insyaalah.
| 0 comments |
Program IQ Pintar Kluang 2010
Alhamdulilah Program IQ Pintar anjuran PIBG STK telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di Hotel Nagaria Kluang Johor dari 15 Mei Hingga 16 Mei. Program yang disertai pelajar sekolah rendah dan menengah serta diiringi oleh ibu bapa masing-masing.
Melalui program ini, pelajar dan ibu bapa telah diajar berbagai teknik penghafalan untuk meningkatkan kuasa minda (otak kiri dan kanan).Melalui modul Menjana daya ingatan yang kuat, Kuasai kemahiran mengeja, rahsia kuasai kefahman, cara terbukti mendapat gred A dan rahsia kehebatan pengurusan masa.
Program IQ Pintar ini dijalankan oleh tenaga profesional yang dketuai oleh Pn. Suria dan fasilitaor-fasilititator terlatih. Adalah diharapkan dengan penguasaan teknik ini ianya akan membantu pelajar untuk menjadi lebih cemerlang.
Saya, memanjatkan rasa syukur kerana program ini. telah dapat dilaksanakan dengan jayanya tapi berasa amat sedih kerana ianya tak dapat diikuti oleh sebilangan besar pelajar-pelajar yang lain disebabkan sikap ssetengah pihak yang merasakan program seperti ini tidak perlu, tidak penting diadakan cukup dengan kelas tambahan sahaja. Apapun dipengakhiran program ibu bapa dan anak-anak diberikan motivasi kendiri, dipercikkan dengan kasih sayang, tanggungjawab dan cinta kepada keluarga dan diri sendiri. Mudah-mudahan usaha yang baik ini akan memberikan kesan yang besar dalam seluruh kehidupan mereka. Amin.
| 0 comments |
Hari Guru 2010
Salam,
Secara tak sedar diriku telah memanjat usia perkhidmatan sebagai guru hampir 2o tahun, begitu pantas masa berlalu meninggalkan segala jejak kematangan usia. 16 Mei datang lagi menerpa kehidupan membuka segenap ruang kesedaran kehidupan yang telah berlalu. Seusia muda semakin lama ku tinggalkan. jauh kebelakang. melihat kehidupan semalam, titis perjuangan, untuk anak-anak bangsa,untuk keluarga dan diri sendiri. Menyeka seribu ruang kepayahan berdiri meniti perjuangan kehidupan seorang guru yang flexsibel, kemana sahaja di bawa mampu bergerak dan bertindak. Membangkitkan selera anak-anak murid kepada buku dan pelajaran. Lelah melatih mereka berlari dipadang. Menendang bola saban petang, berkhemah dipuncak air terjun dan hutan belantara,mengungsi ilmu dengan rakan-rakan, membangunkan PSS, menubuhkan kelab komputer yang masih asing di waktu itu.
Alhamdulilah segalanya telah ku lalui dengan ketabahan jua. Dalam usia menjangkau 40 an ini, semakin besar tanggung jawab yang dipikul, kalau dahulu diriku hanya terlibat dengan pesekitaran yang terhad tapi kini telah menjangkau keluar dari kepompong sendirian, memerlukan tenaga dan buah fikiran yang lebih untuk menghasilkan kerjaya dan kecemerlangan yang utuh dituntut semua pihak. Apapun mudah-mudahan Allah memberikan seribu kekuatan untuk terus mengikuti arus pendidikan yang berubah dan mencabar kini. Mudah-mudahan aku akan terus menjadi guru seperti dahulu.
Selamat Hari Guru untuk guru-guruku yang terdahulu, rakan-rakan seperjuangan, pemimpin-pemimpin pendidiakn mudah-mudahan kita akan terus mampan menghadapi masa depan. Insayaalah.
| 0 comments |
Kekadang Kita Terlupa...
kekadang kita terlupa....
Renungan untuk kita semua:
1) Dari b ujang -kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong
TETAPI...
KITA JUGA LUPA...
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"
Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- mad ina h ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan....
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berl aku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan...
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang
40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
infiniti...
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus .
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah."
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.
p/s: Kalau rajin...hmmm..kalu rajin la..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
Sumber: Insan perihatin
| 0 comments |
Latihan Persembahan Hari Guru Negeri Johor 2010
Salam,
Dalam kesibukan melaksanakan tugas harian di sekolah Majlis Guru Cemerlang Daerah kluang telah diberi kesempatan bersama-sama AJK persembahan Khas sempena Hari Guru Negeri Johor menyiapkan satu persembahan Khas. MGC yang di wakili oleh saya, Pn. Hajah Rahmah, En.Azmi Murad telah bersama-sama memnberikan buat fikiran untuk menjayakan persembahan tersebut.
Bersama dengan rakan-rakan dari sekolah lain, kami telah bertungkuslumus berusaha untuk menjadikan persembahan khas ini suatu realiti. Apa yang membanggakan rakan-rakan berusaha dari pagi hingga ke petang dengan bimbingan juru-juru latih En. Vasu, Pn. Puniah, Pn. Patidah dan Cik Low, sama-sama memberikan idea untuk mencipta gerakan, intonasi dan memek muka.
Alhamdulilah setelah 7 hari berlatih , persembahan dan keyakinan rakan-rakan telah makin bertambah baik, telah berani melontarkan suara dan beraaksi dengan baik di atas pentas. Apapun adalah diharapkan dengan persembahan ini rakan-rakan memperolehi pengalaman, ilmu pengetahuan dan ikatan persahabatan yang berkekalan, Mudah-mudahan aktiviti ini akan berjaya mewujudkan kumpulan teater guru-guru Kluang.
Insyaalah usaha keras rakan-rakan apatah lagi dengan sokongan kuat dari Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang Tn. Hj. Shahruddin bin Sharif akan membuahkan hasilnya yang terbaik dan akan membanggakan guru-guru daerah Kluang itu sendiri.
| 0 comments |
Buat Ibu Ku Tersayang
Salam.
Selamat hari Ibu Buat Bonda Tersayang Hajah Rose binti Abdul Rahman, Tahun ini usia mu genap 88 tahun, meninjak hari-hari tua, hati tersentak pabila sehari sebelum sambutan Hari Ibu , kau dimasukkan ke Hospital Besar Seremban, kerana sakit tua mu semakin menghimpit usia.Aku bergegas ke Seremban selepas membantang Kajian Tindakan di sekolah. Tak sanggup ku lihat wajah mu yang masih tersenyum menyapa kehadiran aku dan kakak dan abang ku yang lain. Senyum lembut di wajah mu meruntun titisan deras air mata ku. Aku bersyukur dalam usia 40an ini aku masih lagi dapat menatap wajah lembut dan mulus mu.masih lagi dapat memegang tangan kurus lembut mu. masih lagi mampu mengucup dahi mu. Sambil diri mu mengatur nafas perlahan-lahan dengan bantuan oksigen.
Terima kasih ibu dah usia ku sebesar ini masih lagi memberikan kata-kata nasihat untuk ku.Masih terasa kehidupan kecil dan remaja ku bersama mu. Betapa gigihnya ibu keliling kampung menjual kain baju, sebulan sekali ke Singapura membeli kain baju di sana untuk dijual. Masih terasa segar di ingatan pabila Ibu dengan rasa bangga mengambil keputusan peperiksaan ku semasa di sk Ismail Dua Muar Fuh!dapat nombor satu, Lepas tu kita pekena mee bandung. .Hujung bulan aku menjadi driver Ibu keliling kampung memungut hutang kain baju.Bila pulang aku jadi tukang kira duit atas katil dapat upah RM10.00. Sukanya aku. Usaha gigih Ibu menyara kami anak beranak.
Pastinya pemergian ayahda pada tahun 1985 membuat ibu menjaadi sepi, dan kita hanya tinggal berdua sahaja. Sesekali waktu petang aku membawa ibu ke Tanjung Mas, kita pekena rojak Muar dan Mee Bandung.Kita ibarat pasangan kekasih ke hulu ke hilir bersama. Aku sempat menjadi pelajar terbaik SM Jalan Junid Muar.Dan di saat aku melangkah ke Maktab Perguruan Kau tabah menghadapi kehilangan aku dari sisi mu.
Terima kasih ibu , kerana mengajar aku erti kedewasaan. mengemas rumah, basuh kain baju, mesin rumput, ke pasar bersamamu, lap rumah dan pelbagai lagi kerja-kerja yang aku lakukan di bawah didikanmu. Leteran mu menjadi kan azimat buat ku untuk berjaya.
Aku bangga dengan dirimu sepanjang hidup aku tak pernah mendengar kau bergaduh dangan abah, tak pernah sekali melihat kau bermasam muka dengan abah dan kau tak pernah memukul diriku .IBuuuuu.........
Ibu, hati berasa bangga di saat aku berjaya menamatkan pengajian ku di Universiti kau masih bersama ku, dan aku berjaya mengulangi sejarah abang Ngah ke Universiti yang sama dan kau tersenyum bangga melihat aku mengenggam segulung izajah. Kita raikan kegembiraan itu bersama. Alhamdulilah senyum lebarmu mengiringi kejayaan ku.
Ibu, aku menghulur seluruh tubuh hati dan jasad ku memohon seribu keampunan kepada mu Ibu atas segala kesalahan yang telah aku laku sebagai anak. Tak terbalas jasamu,halalkan segala makan minum ku.Halalkan susumu Ibu. Dikejauhan ini ku pohon pada mu Allah agar dipanjangkan umur ibu ku. Moga aku masih lagi boleh melihat wajah senyum lembutnya. memegang tangan kurusnya. melihat mata bundarnya yang penuh harapan itu. Terima kasih ibu atas segala apa yang kau berikan kepada aku. Moga diampunkan segala dosa-dosanya. Tak mampu untuk aku untuk merenung wajahmu ibu, Takut akan kehilangan mu. walaupun aku tahu pemergian itu pasti datang dan berlaku. Siapalah aku tanpa dirimu. Selamat Hari Ibu dan aku akan kembali menjenguk mu minggu depan di Seremban. Insyaalah Ibu,
| 0 comments |
Alfatihah
Salam,
Alfatihah buat Allahyarham Cikgu Zaki bin Rahmat, Penolong Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang yang telah kembali kerahmatulah pada malam 1 Mei 2010, di rumahnya di Kampung Parit Hassan Simpang Renggam. Beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Hassan , Simpang Renggam jam 11.30 pagi. Alhamdulilah ramai rakan taulan yang mengambil kesempatan untuk bersama alahyarham buat kali terakhir.
Alahyarham yang bertugas sebagai guru Cemerlang Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Dato Onn Jaafar, Simpang Renggam merupakan seorang guru yang yang cemerlang dalam P & P, sangat baik hati, suka tersenyum,bergurau, kreatif dan mempunyai sentuhan seni tersembunyi. Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang amat terasa akan kehilangan beliau. Muidah-mudahan Alahyarham di terima di sisi Allah sebagai hamba-hambanya yang soleh. Segala pengorbanan , susah payah dan jasa Alahyarham ketika bersama MGC Kluang tak kan dapat kami lupakan. Amin.
| 0 comments |
PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com
© Copyright 2010, All Rights Reserved