National Key Result Areas

2013 telah Menjelma

Tahun 2013 telah muncul kini, Untuk terus kita berjuang sebagai pendidik berdedikasi.
Kuatkan iltizam, semangat, jati diri, ketekunan, kerjasama,perihatin, bersungguh,positif, berpandangan jauh dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan bidang tugas kita.InsyaAllah.
Walau terhalang terus berjuang
Biar terintang tetap cemerlang

* Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Mantan Pengarah Pelajaran Johor.

Permulaan Perjalanan kita

Jom baca Quran

Pusat Sumber Sekolah

NILAM 2013

VLE

Buat Ibu Ku Tersayang

Sunday, May 9, 2010 at 5:40 AM


Salam.

Selamat hari Ibu Buat Bonda Tersayang Hajah Rose binti Abdul Rahman, Tahun ini usia mu genap 88 tahun, meninjak hari-hari tua, hati tersentak pabila sehari sebelum sambutan Hari Ibu , kau dimasukkan ke Hospital Besar Seremban, kerana sakit tua mu semakin menghimpit usia.Aku bergegas ke Seremban selepas membantang Kajian Tindakan di sekolah. Tak sanggup ku lihat wajah mu yang masih tersenyum menyapa kehadiran aku dan kakak dan abang ku yang lain. Senyum lembut di wajah mu meruntun titisan deras air mata ku. Aku bersyukur dalam usia 40an ini aku masih lagi dapat menatap wajah lembut dan mulus mu.masih lagi dapat memegang tangan kurus lembut mu. masih lagi mampu mengucup dahi mu. Sambil diri mu mengatur nafas perlahan-lahan dengan bantuan oksigen.

Terima kasih ibu dah usia ku sebesar ini masih lagi memberikan kata-kata nasihat untuk ku.Masih terasa kehidupan kecil dan remaja ku bersama mu. Betapa gigihnya ibu keliling kampung menjual kain baju, sebulan sekali ke Singapura membeli kain baju di sana untuk dijual. Masih terasa segar di ingatan pabila Ibu dengan rasa bangga mengambil keputusan peperiksaan ku semasa di sk Ismail Dua Muar Fuh!dapat nombor satu, Lepas tu kita pekena mee bandung. .Hujung bulan aku menjadi driver Ibu keliling kampung memungut hutang kain baju.Bila pulang aku jadi tukang kira duit atas katil dapat upah RM10.00. Sukanya aku. Usaha gigih Ibu menyara kami anak beranak.

Pastinya pemergian ayahda pada tahun 1985 membuat ibu menjaadi sepi, dan kita hanya tinggal berdua sahaja. Sesekali waktu petang aku membawa ibu ke Tanjung Mas, kita pekena rojak Muar dan Mee Bandung.Kita ibarat pasangan kekasih ke hulu ke hilir bersama. Aku sempat menjadi pelajar terbaik SM Jalan Junid Muar.Dan di saat aku melangkah ke Maktab Perguruan Kau tabah menghadapi kehilangan aku dari sisi mu.

Terima kasih ibu , kerana mengajar aku erti kedewasaan. mengemas rumah, basuh kain baju, mesin rumput, ke pasar bersamamu, lap rumah dan pelbagai lagi kerja-kerja yang aku lakukan di bawah didikanmu. Leteran mu menjadi kan azimat buat ku untuk berjaya.
Aku bangga dengan dirimu sepanjang hidup aku tak pernah mendengar kau bergaduh dangan abah, tak pernah sekali melihat kau bermasam muka dengan abah dan kau tak pernah memukul diriku .IBuuuuu.........

Ibu, hati berasa bangga di saat aku berjaya menamatkan pengajian ku di Universiti kau masih bersama ku, dan aku berjaya mengulangi sejarah abang Ngah ke Universiti yang sama dan kau tersenyum bangga melihat aku mengenggam segulung izajah. Kita raikan kegembiraan itu bersama. Alhamdulilah senyum lebarmu mengiringi kejayaan ku.

Ibu, aku menghulur seluruh tubuh hati dan jasad ku memohon seribu keampunan kepada mu Ibu atas segala kesalahan yang telah aku laku sebagai anak. Tak terbalas jasamu,halalkan segala makan minum ku.Halalkan susumu Ibu. Dikejauhan ini ku pohon pada mu Allah agar dipanjangkan umur ibu ku. Moga aku masih lagi boleh melihat wajah senyum lembutnya. memegang tangan kurusnya. melihat mata bundarnya yang penuh harapan itu. Terima kasih ibu atas segala apa yang kau berikan kepada aku. Moga diampunkan segala dosa-dosanya. Tak mampu untuk aku untuk merenung wajahmu ibu, Takut akan kehilangan mu. walaupun aku tahu pemergian itu pasti datang dan berlaku. Siapalah aku tanpa dirimu. Selamat Hari Ibu dan aku akan kembali menjenguk mu minggu depan di Seremban. Insyaalah Ibu,

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian admin

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 mlyn02@yahoo.com

© Copyright 2010, All Rights Reserved