
Salam,
Secara tak sedar diriku telah memanjat usia perkhidmatan sebagai guru hampir 2o tahun, begitu pantas masa berlalu meninggalkan segala jejak kematangan usia. 16 Mei datang lagi menerpa kehidupan membuka segenap ruang kesedaran kehidupan yang telah berlalu. Seusia muda semakin lama ku tinggalkan. jauh kebelakang. melihat kehidupan semalam, titis perjuangan, untuk anak-anak bangsa,untuk keluarga dan diri sendiri. Menyeka seribu ruang kepayahan berdiri meniti perjuangan kehidupan seorang guru yang flexsibel, kemana sahaja di bawa mampu bergerak dan bertindak. Membangkitkan selera anak-anak murid kepada buku dan pelajaran. Lelah melatih mereka berlari dipadang. Menendang bola saban petang, berkhemah dipuncak air terjun dan hutan belantara,mengungsi ilmu dengan rakan-rakan, membangunkan PSS, menubuhkan kelab komputer yang masih asing di waktu itu.
Alhamdulilah segalanya telah ku lalui dengan ketabahan jua. Dalam usia menjangkau 40 an ini, semakin besar tanggung jawab yang dipikul, kalau dahulu diriku hanya terlibat dengan pesekitaran yang terhad tapi kini telah menjangkau keluar dari kepompong sendirian, memerlukan tenaga dan buah fikiran yang lebih untuk menghasilkan kerjaya dan kecemerlangan yang utuh dituntut semua pihak. Apapun mudah-mudahan Allah memberikan seribu kekuatan untuk terus mengikuti arus pendidikan yang berubah dan mencabar kini. Mudah-mudahan aku akan terus menjadi guru seperti dahulu.
Selamat Hari Guru untuk guru-guruku yang terdahulu, rakan-rakan seperjuangan, pemimpin-pemimpin pendidiakn mudah-mudahan kita akan terus mampan menghadapi masa depan. Insayaalah.
0 comments